Social Media Links:

Síguenos:

Cancuún México 29 de noviembre - 10 de diciembre 
Choose your prefered language: Español | English

66 dead peolple because of heat wave in Japan

Malaysia
66 mati kepanasan di Jepun
28/07/2010
Berita Harian

TOKYO: Sekurang-kurangnya 66 orang maut manakala 15,000 lagi dirawat di hospital kerana tidak tahan dengan cuaca panas sejak dua bulan lalu di Jepun.

Suhu luar biasa tinggi bermula sejak berakhirnya musim hujan awal bulan ini dengan suhu mencapai 35 darjah Celcius atau lebih tinggi di 90 peratus daripada 920 kawasan yang dipantau pihak berkuasa. Laporan itu disiarkan oleh Agensi Kaji Cuaca Jepun mengenai kesan kepanasan melampau sehingga Ahad lalu.

Sehingga hujung minggu lalu, 9,436 orang di seluruh negara itu dibawa ke hospital dan 57 daripada mereka disahkan maut kerana tidak tahan cuaca tinggi, kata Agensi Pengurusan Bencana dan Kebakaran. Sebahagian lagi yang terkorban disebabkan kemalangan berkaitan dengan penggunaan air hingga ada yang lemas.

Agensi Kaji Cuaca meramalkan suhu tahun ini akan mencapai tahap tertinggi dalam tempoh 100 tahun. Kepanasan yang paling teruk juga menyebabkan jualan air minuman dan alat penghawa dingin melonjak. Kadar bekalan elektrik juga meningkat kerana penggunaan peralatan penghawa dingin di seluruh negara, menurut laporan.

Syarikat Tokyo Electric Power Co yang membekalkan tenaga kepada lebih 28 juta pelanggan di ibu kota serta wilayah sekitar merekodkan kadar penggunaan tertinggi di Tokyo sebanyak 59,990 megawatt pada 23 Julai lalu,

tertinggi tahun ini, kata firma berkenaan.

Kawasan mencatat suhu tertinggi ialah daerah Tajimi di wilayah Gifu dengan 38.1 darjah Celcius diikuti Sakuma di wilayah Shizuoka (37.9 darjah Celcius). Secara rasminya, suhu tertinggi pada bulan Julai direkodkan di Okazaki, wilayah Aichi dengan 37.7 darjah Celcius dan Kyotanabe di wilayah Kyoto, 37.3 Celcius.

Angka korban tertinggi cuaca panas sebelum ini dicatat pada 2008 ketika kali pertama data mengenainya disimpan apabila 47 terbunuh pada bulan Julai dan Ogos. Tahun lalu, 16 orang terbunuh kerana kepanasan melampau juga dalam tempoh dua bulan berkenaan.

El contenido de las noticias que se presentan en esta sección es responsabilidad directa de las agencias emisoras de noticias y no necesariamente reflejan la posición del Gobierno de México en este u otros temas relacionados.

    

Page 'Breadcrumb' Navigation:

Site 'Main' Navigation: