Social Media Links:

Síguenos:

Cancuún México 29 de noviembre - 10 de diciembre 
Choose your prefered language: Español | English

Was disconnected electricity and water in Egypt

Mesir hadapi masalah putus bekalan elektrik, air

Malaysia
Berita Harian
24/08/2010

KAHERAH: Masalah bekalan elektrik dan air, kenaikan harga barangan, cuaca panas melampau dan kebimbangan kekurangan bekalan gandum dilaporkan mencetuskan kekecewaan di kalangan penduduk Mesir sepanjang Ramadan ini.

Penduduk kampung bertindak menyekat laluan lebuh raya di Fayoum sebagai bantahan terhadap terputusnya bekalan elektrik minggu lalu.

Seorang remaja lelaki dilaporkan mati akibat serangan jantung selepas terperangkap dalam kesesakan orang ramai membeli roti. Akhbar tempatan melaporkan lelaki terbabit disifatkan sebagai mangsa pertama barisan roti sempena Ramadan.

Tunjuk perasaan sering berlaku di Mesir biasanya akibat terputusnya bekalan air dan elektrik.

Menjelang tiga bulan sebelum pilihan raya parlimen, parti pemerintah, Parti Demokratik Kebangsaan (NDP) dilaporkan malu dengan masalah terputusnya bekalan perkhidmatan asas berkenaan.

Satu daripada punca kepada masalah itu kerana tingginya permintaan bagi bekalan elektrik pada waktu petang dan malam sepanjang Ramadan selain infrastruktur lama dan ketinggalan zaman.

Malah harga juga melambung tinggi berikutan penggunaan yang banyak ketika bulan puasa di mana umat Islam berpuasa mulai pagi hingga terbenam matahari.

Akhbar melaporkan kenaikan harga gula, beras dan sayuran sehingga 30 peratus di beberapa tempat. Harga daging dan ternakan lain meningkat lebih tinggi.

Semuanya meningkat termasuk sayur, daging, ternakan, ikan, makaroni tetapi gaji tidak berubah, kata Hekmat Suad, seorang kakitangan kerajaan.

Kakitangan juga terpaksa meminjam daripada keluarga dan rakan, katanya.

Pemandu, Kamal Salem berkata: Semuanya perlu berbaris sekarang sama ada untuk mendapatkan daging atau roti, katanya merujuk kepada barisan di luar pertubuhan kerajaan tempat barangan murah dijual.

El contenido de las noticias que se presentan en esta sección es responsabilidad directa de las agencias emisoras de noticias y no necesariamente reflejan la posición del Gobierno de México en este u otros temas relacionados.

    

Page 'Breadcrumb' Navigation:

Site 'Main' Navigation: